Bila dah buat blog perniagaan, biarlah ia jadi alat yang boleh gandakan lagi jualan. Sangat rugi bila blog perniagaan hanya admin dan beberapa orang kawannya sahaja yang baca.
Kepada peniaga online yang belum ada blog atau sudah ada tapi template blognya tidak cukup laju, dapatkan segera template blog ini kerana ianya bagus untuk perniagaan anda.
Berikut adalah keistimewaan yang ada pada template blog ini. Moga anda dapat ambil manfaat darinya.
Laju 100% (very fast loading). Klik & lihat keputusan 'PageSpeed Score'.
Kebanyakan pelawat akan menutup atau meninggalkan blog yang terlalu lambat. Anda juga pasti tidak suka menunggu 'loading' terlalu lama hanya untuk baca satu artikel bukan?
Blog yang laju bukan sahaja disukai pelawat, tapi ia juga dapat membantu kedudukan di Google.
Mesra SEO.
SEO (Search Engine Optimization) adalah senjata pemasaran yang penting supaya bakal pembeli mudah mencari blog anda di enjian carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya.
Lengkap dengan 'mega menu'.
'Mega menu' memudahkan pelawat melihat senarai produk yang anda jual kerana ianya lebih tersusun.
Blog umpama kedai. Jika kedai tidak kemas, produk tidak teratur, mood prospek nak beli pasti menurun.
Siap dengan butang 'share'.
Butang 'share' adalah alat penting supaya pelawat dapat kongsikan artikel blog kepada orang lain dengan mudah.
Secara tidak langsung, perniagaan anda diviralkan tanpa perlu bayar satu sen pun.
Ciri-ciri butang 'share' yang bagus mestilah boleh hubungkan ke laman atau aplikasi popular seperti FB, Google+, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
Sistem komen Facebook yang ringan.
Facebook (FB) ialah laman sosial no. 1 dunia pada masa kini.
Penggunaan sistem komen FB memudahkan lagi blog anda menjadi viral, seterusnya dapat menarik lebih pelawat.
Sistem komen FB di blog ini sudah diubahsuai supaya 'loading' blog tetap laju.
0 comments:
Sila komen dengan berhemah. Setiap komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).